Friday, 4 May 2012

Adat Kehidupan


suatu masa dulu aku tak pernah terpikir yang aku mampu hidup diperantauan, hidup jauh dari keluarga, hidup berdikari, aku takut dengan apa yang bakal aku hadapi dan tanpa diduga pada 2008 aku ditakdirkan untuk belajar di uum, universiti yang terletak jauh di utara malaysia.perasan masa itu gembira bercampur hiba, aku tertanya bagaimana agaknya kehidupan aku nanti. Bermula dari masa itu pertemuan demi pertemuan aku jalani, persahabatan mula terjalin. kasih sesama sahabat mula kukuh. Aku pelajari pelbagai erti kehidupan, suka, duka, tawa, tangis dirasai dan didihadapi dengan hati yang tabah...kini 4 thaun sudah berlalu dan perpisahan itu semakin pasti....pertemuan dan perpisahan, adat kehidupan.....

Thursday, 3 May 2012

BILA DAHI TAK MENCECAH SEJADAH


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan,
Berwuduklah kamu sebelum kamu diwudukkan,
Dan Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan,
Tutuplah Auratmu sebelum Auratmu ditutupkan,
Dengan kain KAFAN yg serba putih..

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih,
Walaupun org yg hadir itu merintih,
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai,
Lalu dilaksanakan solat jenazah,
Dengan 4 kali takbir dan 1 salam,
Berserta Fatihah, Selawat dan doa,
Sbg memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah..

Tapi apakah 4 kali takbir itu dpt menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat jenazah yg tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yg telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian,
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat,
Usunglah dirimu ke tikar solat,
Sebelum dirimu diusung ke liang lahad,
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat..

Iringilah dirimu ke masjid,
Sebelum kamu diiringi ke pusara,
Tangisilah dosa-dosamu di dunia,
Kerana tangisan tdk berguna di Alam Baqa'..

kali pertama

salam & hai....tujuan utama aku tulis berblogging nih sebenarnye saje2 jer..heh2..mybe sbb orng de blogg nih  nmpk cam cool ja...padahal ak x tau nk tulis per pun..so 1st entry nih lebih kurang cam experiment jer....:)