Bersihkanlah dirimu sebelum kamu
dimandikan,
Berwuduklah kamu sebelum kamu
diwudukkan,
Dan Solatlah kamu sebelum kamu
disolatkan,
Tutuplah Auratmu sebelum Auratmu
ditutupkan,
Dengan kain KAFAN yg serba putih..
Pada waktu itu tidak guna lagi
bersedih,
Walaupun org yg hadir itu merintih,
Selepas itu kamu akan diletak di
atas lantai,
Lalu dilaksanakan solat jenazah,
Dengan 4 kali takbir dan 1 salam,
Berserta Fatihah, Selawat dan doa,
Sbg memenuhi tuntutan Fardhu
Kifayah..
Tapi apakah 4 kali takbir itu dpt
menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang
hidup?
Apakah solat jenazah yg tanpa rukuk
dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan
sujudmu yg telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika
beranggapan demikian,
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin
dan Muslimat,
Usunglah dirimu ke tikar solat,
Sebelum dirimu diusung ke liang
lahad,
Menjadi makanan cacing dan mamahan
ulat..
Iringilah dirimu ke masjid,
Sebelum kamu diiringi ke pusara,
Tangisilah dosa-dosamu di dunia,
Kerana tangisan tdk berguna di Alam
Baqa'..